Tuesday 26 August 2014

Kuat tanpa kamu

Bila mana aku sendiri, aku tetap berani kata "aku masih punya teman"
Bila mana aku menangis di setiap malamku, aku masih tetap kata "aku masih punya Allah"
Bila mana aku terkedu dalam diamku, aku masih tetap kata "aku kuat"
dan sampai saat aku teruskan berdiam,..
sebenarnya aku sudah mengalah untuk terus berjuang untuk ini.
Kalah pada usaha yang hanya aku lakukan
Bukan dari kita

Maaf

Aku bukan diciptakan bagi memenuhi ruang tulang rusukmu.



Saturday 2 August 2014

Nota Cinta Pertama

Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Wadah ini adalah suatu wadah yang sesuai aku rasakam untuk aku luahkan semua perasan, rasa yang terpendam yang mungkin tak dapat nak ku luahkan pada individu yang sepatutnya. Kerana aku belum cukup tega melukan hati orang lain. Aku hanya meluahkan rasa peribadi yang aku kira hanya mereka yang punya cinta bakal memahaminya (I hope so)..

First things, Biar  aku kenalkan namaku... Panggil aku gadis (buat masa sekarang aku belum menjadi milik sesiapa) ... Pada mereka yang sudi membaca dan berkongsi rasa, terima kasih daun keladi... Pada mereka yang tak berapa nak gemar, sila abaikan segala sumber tulisan di blog aku ini... kerana ini hanyalah sesi luahan peribadi untuk aku jadikan terapi diri dan berkongsi kisah cinta..

Perkara pertama kita nak lihat bila buka mata adalah orang yang paling kita sayang.

Seriously bila bercinta ni, walaupun hanya satu mesej dari orang yang paling kita sayang diterima bila buka mata waktu pagi,dah membuatkan sepanjang hari kita terasa cukup lengkap, sempurna...

Hampa bukan kepalang andai kata kita capai handphone kita pagi-pagi time celik mata ja, then tak ada sebarang mesej dari dia mahupun sesiapa..

Perkara yang sama ku alami dan waktu tu terasa macam nak meletuskan bom atom yang tersedia untuk dinyalakan. Hebatnya penangan cinta manusia itu sendiri. Kalau tidak, masakan ada yang sanggup terjun lombong, lompat bangunan 100 tingkat hanya kerana kecewa.

Kadangkala aku rasa lelaki ini bukan apa, mereka perlukan sedikit treatment untuk lebih memahami hati seorang wanita. Bukan aku nak beza-bezakan atau merendahkan lelaki dalam soal cinta, sebab pada aku kalau tak ada kaum adam ni, masakan wujudnya cinta (cinta sejenis tak termasuk dalam apa yang aku cuba tafsirkan) cuma mereka perlukan sedikit sentuhan rasa dan sikap ingin tahu.

Contohnya , apa yang wanita mereka sayang tengah buat? dah makan ke belum lagi? sihat ataupun tak..? Inilah yang kurang sebenarnya... dan membuatkan ramai wanita di luar sana rasa terabai.  Dan sudahnya wanita sendiri perlu menyakinkan diri sendiri

 semuanya akan ok, mungkin dia lupa...sibuk sangat agaknya... 

Yah itulah point yang aku cuba nak sampaikan untuk pengenalan kita. Malahan tak kurang juga, kebanyakan jejaka-jejaka di luar sana tak memahami maksud tersirat di sebalik kata-kata wanita.

"Takpa sy ok..." 
Sedangkan dalam hati meronta-ronta minta pujuk....See...nampak tak yang sebenarnya wanita bersifat lembut dan sukar menyatakan secara terus terang, sedaya upaya buat ayat berlapik-lapik nak sampaikan maksud atau cuba sembunyikan perasaan marah, walhal lelaki sukar untuk faham...

** Nota cinta buat sang arjuna, hargailah kami kaum hawa kerana sesunguhnya apa yang terkeluar di bibir ini, bukan sepertimana yang tersemat di hati sanubari.

Dear Adam,
Bimbing kami dan jaga kami sepenuh hatimu kerana kami sebahagian tulang rusukmu yang berhati lembut.


Love
Gadis